PRU-15: ‘Saya sentiasa doakan suami terus bantu rakyat’ – Muhaini

Dari Penulis

SETIAP kejayaan seorang suami semestinya ada sang isteri sebagai tulang belakang.

Itulah juga yang dilakukan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang sentiasa berdiri teguh di belakang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepanjang karier politik Perdana Menteri.

Pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini, Muhaini setia menemani perjalanan suaminya itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bera.

Memetik laporan Astro Awani, Muhaini berkata, mulutnya tidak pernah lekang mendoakan perjalanan politik Ismail Sabri sentiasa dipermudahkan termasuk mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat khususnya di Bera.

“Saya sentiasa doakan beliau dapat meneruskan cita-cita membantu rakyat di Bera. Saya sangat bersemangat untuk memberi sokongan moral kepada suami saya.

“Harapan sudah tentu saya mahu Datuk Seri Ismail Sabri berjaya memenangi kerusi Parlimen Bera untuk penggal kelima,” katanya.

Kata Muhaini lagi, beliau sentiasa memberikan sokongan semangat terhadap suaminya itu dan berharap kerusi Parlimen itu dapat dipertahankan pada PRU15.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Ismail Sabri pertahan Bera pertembungan tiga penjuru

Hadir sama memberi sokongan kepada Perdana Menteri di Bera ialah anak-anak beliau termasuk Datin Sabrina serta Dafi yang juga artis terkenal.

Ismail Sabri bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bera yang disandangnya sejak 2004 dalam pertembungan tiga penjuru.

Pertembungan tiga penjuru itu antara Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ismail Sabri dengan calon Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

PN akan diwakili Datuk Asmawi Harun manakala Abas Awang merupakan calon yang ditampilkan PH di Parlimen Bera.

Ismail Sabri yang menyandang kerusi Bera sejak 2004 menang di kerusi tersebut pada PRU14 dengan 20,760 undi menewaskan Zakaria Abdul Hamid (PKR) yang memperoleh 18,449 undi manakala Pas dengan 8,096 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This