PRU-15: Tanding tiket Bebas, Tian Chua akan dipecat PKR

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Naib Presiden PKR, Tian Chua berdepan pemecatan daripada parti berkenaan kerana bertindak bertanding atas tiket Bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluahkan kekecewaan atas tindakan Tian Chua itu.

Menurut Anwar, sebagai salah seorang reformis yang telah lama berada dalam PKR, Tian Chua tidak seharusnya membuat keputusan sedemikian.

Justeru, Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Tambun berkata, ahli PKR yang bertanding sebagai calon Bebas dipecat secara automatik.

“Malangnya (Tian Chua) memilih jalan itu (tanding Bebas). Beliau seorang yang bersemangat dan berdedikasi sebagai seorang reformis.

“Saya fikir tidak seharusnya seorang reformis sepatutnya melakukan perkara itu sekarang dan dalam kerjaya politik.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Cabaran sengit dihadapi Faizal Azumu di Tambun

“Apa pun, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Biasanya sebagai dasar (PKR), mereka yang bertanding sebagai calon Bebas atau meninggalkan parti atas apa jua alasan sekali pun akan secara autmatiknya dipecat oleh parti,” katanya.

Tian Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi tadi untuk bertanding sebagai calon Bebas.

PH mencalonkan penyandang kerusi Parlimen Batu, P Prabakaran untuk bertanding pada PRU-15.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This