Shahril Hamdan

KEPUTUSAN untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri telah dipersetujui oleh semua komponen dalam Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

Malah, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Ismail Sabri adalah ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri sekiranya diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan melihat, perkara tersebut bukan satu isu kerana ia melibatkan keputusan yang sudah dipersetujui parti.

“Andai kata Barisan Nasional diberi mandat nama yang akan diangkat untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri sedia ada Datuk Seri Ismail Sabri.

“Itu adalah keputusan parti dan saya yakin seluruh kepimpinan parti termasuk Presiden UMNO sendiri Pengerusi BN berkali-kali dah bercakap inilah keputusan parti yang akan dipatuhi dan dibawa,” katanya ketika ditemui pemberita.

Baca artikel lain: PRU-15: ‘Satu undi untuk KJ di Sungai Buloh dan PM adalah Ismail Sabri’ – KJ

Sebelum ini, calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan bahawa sekiranya mengundi beliau pada PRU-15 maka rakyat bakal memilih Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

Menurut Khairy, tiada kekeliruan melibatkan calon Perdana Menteri kerana Ahmad Zahid sudah mengumumkan bahawa Ismail Sabri kekal calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang.

Jelas beliau, naratif itu mesti dijelaskan supaya tidak lagi menjadi ‘peluru’ bagi pihak pembangkang.

Sementara itu, Shahril menyatakan penghargaan kepada Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Noh Omar kerana tidak berpaling kepada parti lain meskipun tak tercalon dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, ia memberi contoh tauladan kepada pemimpin muda pada masa hadapan supaya meletakkan agenda parti sebagai keutamaan berbanding kehendak peribadi.

“Saya harap suatu hari nanti bila saya lebih dewasa pun saya boleh mencontohi tindakan sebegitu yang meletakkan parti di hadapan berbanding cita-cita peribadi dan individu.

“Ini dua ‘giant’, ini bukan calang-calang yang tidak disenaraikan sebagai calon tetapi mereka tetap setia dengan parti maka itu adalah satu perkara yang harus dipuji,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram