Kerajaan Ismail Sabri komited memajukan warga Felda, kata Presiden MBFM

Dari Penulis

KERAJAAN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu merancakkan kemajuan warga Felda.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hassan berkata, Perdana Menteri menerusi kerajaan yang dipimpin juga jelas menetapkan hala tuju masa hadapan Felda tanpa mengabaikan penglibatan generasi baharu.

Jelas beliau, kejayaan kerajaan ketika ini disebabkan faktor pengalaman 60 tahun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran negara khususnya dalam Felda.

“Kejayaan Felda di kawasan tanah rancangan negeri dengan pusat perlu seiring keranan Felda merupakan agensi di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor misalnya, beberapa perkara berkenaan Felda dalam manifesto BN kini dilaksanakan.

“Saya percaya perkara sama juga akan dilaksanakan pada peringkat nasional selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti,” katanya.

Baca lagi: Kerajaan serius jaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuk warga FELDA – PM

Dalam pada itu, Muhammad Fadzli berkata, sejak Tan Sri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Felda, banyak generasi kedua Felda mendapat tempat dalam pengurusan peringkat wilayah dan kebangsaan.

Antaranya, jelas beliau, generasi baharu Felda yang diiktiraf dengan pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felda yang pertama kali dibuat.

“Ini lah kepercayaan besar yang diberikan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri,” katanya.

Muhammad Fadzli menambah, kerajaan pimpinan Ismail Sabri juga cakna dengan dua isu utama yang dihadapi golongan muda Felda iaitu pemilikan rumah dan peluang pekerjaan.

Katanya, hal itu dapat dilihat apabila kerajaan telah menawarkan skim jaminan kredit perumhan dengan dana RM2 bilion untuk membantu generasi kedua Felda memiliki rumah kediaman sendiri.

“Skim ini sangat istimewa apabila anak-anak Felda yang tiada slip gaji tetapi boelh membuat pinjaman dan dijamin kerajaan.

“Projek perumahan generasi baharu Felda ini penting dan telah pun bermula misalnya di Johor dengan kerjasama persatuan belia Felda,” katanya.

Muhammad Fadzli menambah, beliau yakin kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri kerana secara konsisten melaksanakan perancangan yang seiring dengan kehendak warga Felda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This