PRU-15: Kerajaan gerak ATM, Rela untuk bantu polis jika berlaku banjir

Dari Penulis

KERAJAAN akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pelbagai agensi lain bagi membantu Polis Diraja Malaysia sekiranya berlaku bencana banjir ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata bantuan itu diperlukan kerana sebahagian besar kekuatan PDRM dikhususkan untuk PRU15.

Beliau berkata di peringkat kementerian itu, walaupun kira-kira 80,000 anggota polis telah digerakkan bagi menghadapi PRU-15, lebih ramai diperlukan untuk bertugas jika berlaku banjir pada masa yang sama.

“Jadi kita telah mengarahkan pihak RELA untuk bersama membantu namun masih tidak cukup… saya turut minta bantuan daripada anggota tentera dan beberapa agensi lain sekiranya banjir berlaku ketika PRU15, maklum sahajalah bila banjir berlaku, Ketua Polis Daerah adalah pengarah kawasan dan pada masa sama, mereka terpaksa menjaga keselamatan ketika pilihan raya,” katanya kepada pemberita di Tasek Gelugor malam ini.

Beliau berkata demikian selepas bertemu orang ramai di Pusat Daerah Mengundi Taman Senangan di Teluk Air Tawar bersama calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu bagi Parlimen Tasek Gelugor iaitu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Hamzah, yang merupakan calon Bersatu di Parlimen Larut, diminta mengulas persediaan kerajaan jika berlaku bencana itu ketika PRU-15 berikutan beberapa kawasan telah pun mengalami banjir ketika ini.

Setiausaha Agung PN itu juga berkata beliau meminta polis agar sentiasa bersiap siaga jika berlaku banjir ketika PRU-15 untuk menjaga keselamatan rakyat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This