Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyamun secara berkumpulan sebuah kedai serbaneka di Taman Maju Jaya, Petaling Jaya, menggunakan tukul besi, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.28 pagi.

Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek yang memakai pelitup muka masuk ke dalam premis berkenaan dengan memakai topi keledar serta menunjukkan tukul ke arah pengadu yang bekerja sebagai juruwang di situ bertujuan untuk mengugut.

Baca artikel : Polis buru dua lelaki samun klinik gigi guna parang

Beliau berkata suspek berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM560 serta 49 kotak rokok pelbagai jenama. Bagaimanapun, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan kedua-dua suspek berusia 30-an pada hari sama di tepi jalan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya dan merampas barang kes dipercayai hasil samun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah kini direman lima hari sehingga 10 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun secara berkumpulan. 

— BERNAMA

Tuesday , 08 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram