Anwar, Rafizi tolak Ahmad Zahid

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, beliau dan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim sependapat apabila bercerita perihal Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dua pemimpin berkenaan berpendapat bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya menjalinkan kerjasama dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Malah, Anwar dan Rafizi juga melihat tiada ruang untuk berkompromi berhubung keputusan tersebut.

“Ya, saya dan Anwar ada perbezaan. Tetapi ini adalah sesuatu yang kita bersetuju.

“Isu bekerjasama dengan Zahid seharusnya langsung tidak timbul sama sekali,” katanya seperti dilapor Malaysiakini, hari ini.

Baca artikel lain: Calon PKR di Perak hanya biasa-biasa, kata Faizal Azumu

Pada masa sama, Rafizi yakin mampu mendapatkan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Ini sekali gus membolehkan PH membentuk kerajaan di Putrajaya selepas hanya mampu bertahan selama 22 bulan pada pilihan raya umum lalu.

“Dinamik politik telah berubah,” kata Rafizi ringkas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This