SEBANYAK 30 orang penduduk Kampung Johan Setia, Klang, diselamatkan bomba selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.49 petang.

Beliau berkata, sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Andalas dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mengikut laporan awal, kedalaman air melebihi 0.61 meter. Bagaimanapun, banjir semakin surut dan air di paras lutut.

“Seorang warga emas, 10 lelaki, 9 perempuan dan 10 kanak-kanak diselamatkan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : JPS keluar amaran risiko banjir di empat negeri

Norazam berkata, sehingga kini anggaran rumah terjejas akibat banjir ialah 200 rumah dan melibatkan 2000 penduduk.

Jelasnya, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan dan kerja-kerja menyelamat masih diteruskan di kawasan terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram