SEORANG warga emas maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat USJ 4, Subang Jaya, 12.05 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku ketika lampu isyarat terpadam selepas mengalami kerosakan dan dalam proses baik pulih.
Beliau berkata, mangsa yang memandu Perodua Bezza dari USJ 4 ingin membelok ke simpang kanan menghala ke Persiaran Murni dilanggar oleh pemandu Honda HR-V yang sedang bergerak lurus dari arah SS9 ke USJ 5.
“Akibat pertembungan itu, mangsa berusia 65 tahun maut ditempat kejadian manakala pemandu Honda HR-V calar di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Pemandu maut langgar tiang landasan MRT
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke hospital bagi mengenal pasti punca kematian.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-9231558.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

