POLIS mengesan lima individu lagak seperti pengiring (marshal) konvoi bermotosikal di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang, Seremban.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi rakaman video tular pada 6.47 petang, Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek telah menghalang dan menganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain.

“Menerusi video terbabit, lima penunggang motosikal dengan membawa bendera parti politik bertindak menahan kenderaan di simpang empat lampu isyarat di lokasi.

“Ia bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan yang dipercayai daripada parti politik yang sama. Kejadian itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel : PRU-15: Undi luar bandar jadi penentu kemenangan

Jelasnya, polis kini mengesan semua pemandu dan penunggang yang terlibat dalam kejadian.

Katanya, tindakan terbabit adalah satu kesalahan kerana menyalahi Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.

“Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 94 Akta Polis 1967 dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan semua parti politik untuk tidak melanggar undang-undang sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram