Meru dilanda banjir kilat – bomba

Dari Penulis

TIADA pemindahan mangsa dilakukan susulan banjir kilat di kawasan Meru pada petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 petang.

Beliau berkata, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan penyelamat Kapar dan Sungai Pinang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kedalaman banjir mencecah 0.3 meter di kawasan Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : 30 mangsa banjir Kampung Johan Setia ditempatkan di PPS

Jelasnya, paras air dilaporkan semakin menurun dan hujan telah reda.

Norazam berkata, tiada pemindahan mangsa ke pusat pemindahan dan bomba masih di lokasi bagi tujuan pemantauan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This