SEORANG anggota Tentera Nasional Indonesia patah tulang pinggang kanan, selepas payung terjun yang dipakai gagal berfungsi ketika melakukan latihan terjunan pada ketinggian 500 meter.

Kejadian berlaku di ruang udara Bandung, Jawa Barat kelmarin.

Video memaparkan aksi sekumpulan anggota tentera dilihat terjun daripada sebuah pesawat dengan menggunakan payung terjun sebelum payung terjun mangsa dilihat gagal berfungsi tular di media sosial hari ini.

Memetik laporan Kompas.com, Ketua Penerangan Komando Pasukan Tindakan Pantas (KOPASGAT), Kolonel Gunawan mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, insiden tersebut menimpa kepada salah seorang anggota yang dikenali sebagai SKS pada pukul 10.30 pagi.

“Mangsa jatuh dari ketinggian 1,600 kaki atau kira-kira 500 meter selepas payung terjun gagal berfungi ketika terjun daripada pesawat,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Sekumpulan pemuda berparang ‘salah tempat’ buat onar di kedai kopi dipenuhi polis

Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku disebabkan tali pada payung terjun telah terputus.

Gunawan berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tentera Udara Salamun, Bandung bagi menerima rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram