Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kerabu perut dan kacang botol ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar beras | goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
30 gm kerisik
2 tangkai cili merah
| buang biji dan hiris halus
4 tangkai cili padi | hiris
1 labu bawang besar | hiris nipis
1 biji limau nipis | ambil jusnya
20 tangkai kacang botol | celur dengan air panas dan hiris nipis
500 gm perut lembu | rebus hingga empuk dan hiris nipis
10 ml cuka
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan beras tumbuk, kerisik, hirisan bawang besar, cili merah dan air perahan limau nipis dan gaul sebati.
2.Masukkan perut lembu dan kacang botol yang telah dihiris tadi
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati. Hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Sesuai disajikan waktu sarapan atau minum petang #tunamelts #tunameltsandwich #resipimudah #fyp #foryou ♬ love nwantinti (ah ah ah) – CKay

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram