Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan peniaga-peniaga ketika mengadakan walkabout di Pasar Tani Kampung Melayu Subang. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEPERTI kebanyakan penghuni di Kota Damansara, saya amat berpuas hati dengan kerajaan negeri yang sedia ada di Selangor. Harga air kekal murah, banyak kemudahan dan bantuan khusus untuk anak Selangor, dan yang paling penting, kehidupan saya sekeluarga kekal tenang walaupun negeri Selangor ini ditadbir oleh “parti pembangkang” sejak 2008.

Begitu juga, dengan ahli Parlimen dan ADUN yang sedia ada, keluh kesah kami didengari dan diberi perhatian Sivarasa khususnya selaku wakil rakyat cukup rajin menyantuni penduduk tempatan, dan ramai dalam kalangan penduduk di sini yang agak terkilan apabila mendapat makluman bahawa beliau tidak akan bertanding di Sungai Buloh ini.

Pada masa yang sama, saya juga dapat lihat bahawa ramai dalam kalangan penduduk Kota Damansara ini yang amat teruja dengan kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai calon di kawasan kami. Terasa seakan ada tenaga luar biasa yang menarik hati dan perasaan kami sebagai penduduk tempatan. Biarpun beliau baru kali ini datang menjenguk kami di kawasan ini.

Baca artikel lain: Khairy garis 4 elemen utama kata janji dalam manifesto untuk penduduk Sungai Buloh

Seperti ramai dalam kalangan rakan-rakan, saya masih menimbang ke arah mana yang sebaiknya untuk tujukan undi saya, terutamanya dari segi siapa yang akan membentuk kerajaan persekutuan nanti.

Pada masa yang sama, jika Khairy menang, saya yakin dengan suara beliau yang cukup lantang dan rajin membuat kerja berdasarkan prestasi rekod sebelum ini, insya-Allah, masa depan kami di Sungai Buloh ini akan lebih terbela, walau pihak mana pun yang menang di peringkat Persekutuan dan negeri nanti.

Muhammad Hafiz Ghazali
Kota Damansara

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram