Tangkap layar rakaman memaparkan sebuah lori buyung terbalik di Persiaran Lumut, Shah Alam.

SEORANG penunggang motosikal dan pemandu lori cedera selepas lori muatan simen terbalik di Persiaran Lumut, Alam Budiman, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 11.17 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa lori bergerak dari arah Persiaran Mokhtar Dahari lalu hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong bertentangan akibat jalan yang sedikit curam.

“Akibat kejadian ini, lori tersebut terbalik dan bahagian belakang lori terkena sebuah motosikal yang bergerak lurus dari arah bertentangan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel ; Dua maut dirempuh Tesla Y hilang kawalan di Guangdong, China

Jelasnya, kedua-dua mangsa mengalami luka di badan dan menerima rawatan di hospital.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Riduwan Hamidi di talian 011-26928229.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram