Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo yang didiami mereka di Taman Halaman, Kuala Lumpur, ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.30 pagi tadi dan mengerahkan jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata bomba mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian belakang banglo lima tingkat itu dan terdapat tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa serta merobohkan dinding bahagian dapur di tingkat satu dan bilik tidur di tingkat dua.

“Pasukan (kami) turut memeriksa semua tingkat dan bilik di rumah berkenaan bagi memastikan semua penghuni sudah keluar dengan selamat.

“Bomba kemudian membuat pemeriksaan pergerakan tanah dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi.

Baca artikel : 6 lelaki terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Tenom berjaya diselamatkan

Norazam berkata tindakan lanjut diserahkan kepada Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang turut berada di lokasi.

— BERNAMA

Tuesday , 15 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram