Dengar, hayati dan selesaikan, lebih 50 aku janji Tengku Zafrul untuk Kuala Selangor

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BERTEMAKAN dengar, hayati dan selesaikan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menawarkan lebih 50 aku janji melalui manifestonya.

Aku janji tersebut merupakan isu tempatan disuarakan oleh penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan yang ditemui menerusi lebih 200 sesi libat urus sejak enam bulan lalu.

“Kita telah melancarkan manifesto pada hari pertama pencalonan, kita juga ada website menunjukkan apakah manifesto kita, websitenya www.tzabersamaks.com.

“Kita ada 50 isu yang nak diselesaikan, dalam manifesto kita ada memberi fokus kepada isu-isu harian yang telah dibangkitkan semasa sesi turun padang selama lebih kurang enam bulan.

“Yang penting kita menunjukkan yang kita ada fokus pada kebajikan rakyat dan kita ada garis masa juga untuk cuba capai dan kita ada KPI di mana semua akan jadi transparent (telus), kalau tak berjaya capai rakyat pun tahu.

“Nak tunjuk pada rakyat kalau kita dipilih (kita) akan bekerja keras, kuat untuk berkhidmat untuk pengundi-pengundi dan masyarakat di Parlimen Kuala Selangor,” katanya ketika ditemui UtusanTV, baru-baru ini.

Baca artikel lain: Isu jalur lebar antara penekanan Tengku Zafrul di Kuala Selangor

Manifesto tersebut terbahagi kepada empat bahagian iaitu Infrastruktur dan Pengangkutan Awam; Kebajikan Masyarakat dan Peningkatan Mutu Kehidupan; Pekerjaan dan Perniagaan serta Pendidikan dan Peningkatan Kemahiran.

Menerusi bahagian Infrastruktur dan Pengangkutan Awam yang memiliki lapan aku janji, Tengku Zafrul antaranya akan
membentuk pasukan petugas jalan raya bagi menyelesaikan masalah jalan gelap dan berbahaya.

Turut disenaraikan adalah usaha menyediakan lorong tambahan bagi jalan sesak, membina sebuah kompleks sukan, selain menambah baik jeti dan tebing sungai.

Sementara itu, di dalam bahagian Kebajikan Masyarakat dan Peningkatan Mutu Kehidupan pula, Tengku Zafrul mengimpikan pembinaan sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuala Selangor.

Memiliki 20 aku janji, antara perkara lain yang disasarkan adalah membentuk sistem aduan dalam talian, mengadakan program dialisis percuma dan melaksana program bantuan pelindungan sosial, jualan rakyat serta saringan kesihatan.

Bagi bahagian Pekerjaan dan Perniagaan, Menteri Kewangan itu menyenaraikan enam aku janji seperti menarik pelabur ke Kuala Selangor yang dilihat memiliki potensi daripada sudut pelancongan.

Selain itu, turut diberi perhatian adalah usaha memperkasakan ibu dan bapa tunggal, mewujudkan pusat pelancongan tradisi serta memartabatkan aset warisan.

Akhir sekali bahagian Pendidikan dan Peningkatan Kemahiran yang menyenaraikan enam aku janji.

Antara aku janji menarik perhatian adalah bantuan RM250 kepada pelajar institut pengajian tinggi, kelas tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) percuma, latihan pendigitalan dan menghidupkan semula asrama Yayasan Selangor.

Tengku Zafrul berkata, beliau akan melaksanakan kesemua aku janji tersebut secepat mungkin sekiranya diberi peluang berkhidmat untuk rakyat Kuala Selangor.

Malah, beliau berjanji akan menyalurkan 100 peratus peruntukan Ahli Parlimen untuk kegunaan penduduk, selain menerbitkan laporan prestasi dan kewangan tahunan untuk semakan semua.

Selain itu, katanya, penduduk juga bakal mendapat manfaat melalui penubuhan Pusat Khidmat Parlimen di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan beroperasi enam hari seminggu.

Sekiranya kesemua aku janji tersebut berjaya dilunaskan, Tengku Zafrul mempunyai cita-cita untuk merangka Visi Kuala Selangor 2055 bagi merencana masa depan ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan kualiti hidup di kawasan Parlimen itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This