Seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital dekat Jakarta, tiba-tiba hidup kembali ketika pihak keluarga membuka keranda untuk melihat wajah buat kali terakhir.

Memetik laporan Pojok Satu, lelaki itu yang dikenali sebagai Urip Saputra, 40, tiba-tiba kembali bernafas.

@utusantvofficial

Dia boleh pula bangun, mujur semua orang tak lari 😁. Kejadian di Bogor, Jawa Barat. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #indonesia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Kejadian itu mula tular di media sosial Indonesia sejak semalam.

Sebelum itu, Urip telah dihantar bersama-sama keranda jenazah ke rumah keluarganya terletak di Rancabungur, Bogor, Jawa Barat.

Baca artikel : Lori buyung terbalik, pemandu, penunggang motosikal cedera

Bagaimanapun, keluarganya terkejut besar apabila Urip masih bernafas sebelum bertindak membawanya ke Hospital Besar Kota Bogor bagi menerima rawatan.

Sementara itu, Pengarah Hospital Besar Kota Bogor, Ilham Chaidir tampil bersuara berhubung kejadian.

“Mangsa yang didakwa telah hidup kembali telah menjalani rawatan dan berada di dalam keadaan baik.

“Pihak hospital telah menjalankan tugas mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak menerima sijil kematian dan tiada rujukan yang mendakwa mangsa sudah meninggal dunia.

“Perkara ini masih menjadi tanda tanya dan pegawai perubatan tidak menganggapnya sebagai bahan data,” ujarnya.

Menurut Ilham lagi, terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca sehingga mangsa dianggap sudah meninggal dunia.

“Boleh jadi sebab kencing manis, tahap gula darah tinggi, kurang kalium, pemakanan, demam dan sebagainya,” ujarnya.

Menurut jururawat Unit Kecemasan yang dikenali sebagai DI, mangsa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans tanpa keranda jenazah.

“Kami sudah minta surat pengesahan yang mengesahkan kematian mangsa namun tiada ahli keluarga mangsa yang tahu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman pada Ahad lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram