Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 52.8 peratus responden bersetuju Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar diberikan peluang untuk mengemudi kerajaan untuk tempoh yang lebih panjang demi kepentingan rakyat.

Statitistik itu merupakan dapat hasil Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia oleh panel penyelidikan Ilham Centre.

Menurut Ilham Centre, kajian yang dilakuan pada 20 Oktober hingga 6 November itu memfokuskan kepada tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri dan dasar yang beliau perkenalkan.

Jelas panel, secara umum, skala 80 peratus menunjukkan responden bersetuju pembukaan semula ekonomi pada 1 April 2022 lalu merupakan tindakan tepat dan Perdana Menteri berjaya mengeluarkan negara daripada pandemik Covid-19 menuju fasa endemik.

Selain itu, jelasnya, 78 peratus responden bersetuju terhadap peruntukan subsidi RM 77.7 bilion oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang dianggap terbesar dan dirasakan perlu dalam menyokong pemulihan ekonomi negara. 

“Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bersifat berkala juga mencatat skor tertinggi iaitu 87.2 peratus. Umum mengetahui bahawa ini merupakan bantuan sara hidup tertinggi sejak ia diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.

“Dalam isu ekonomi, isu terkait rapat kepada rakyat jauh lebih menjadi keutamaan. 

“Ini dibuktikan apabila 84.1 peratus bersetuju usaha Kerajaan melalui penetapan tarif elektrif serta kawalan harga barang keperluan asas perlu diteruskan untuk mengurangkan kesan buruk daripada tukaran matawang asing berbanding ringgit dan inflasi yang dihadapi dunia pada ketika ini.

“Ini berjaya membuktikan bahawa pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah tepat bersesuaian pada waktunya. 

“Perdana Menteri yang digelar Designated Survivor sememangnya survived mengurus krisis dalam krisis iaitu krisis kesihatan, politik dan ekonomi sepanjang pentadbiran beliau 13 bulan lalu dengan gaya kepimpinan beliau yang tersendiri,” jelas Iliham Centre dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Jangan bincang pemilihan parti dalam tempoh kempen – Ismail Sabri

Mengulas lanjut, panel itu berkata, pembukaan semula ekonomi pada 1 April 2022 merupakan tindakan yang diterima baik oleh rakyat yang turut mengakui ia bertambah baik (69 peratus). 

Jelas Ilham Centre, pada hemat rakyat, pembukaan semula ekonomi telah berjaya memangkin ruang pekerjaan sama ada dalam bentuk gig ekonomi (71.3 peratus) atau perniagaan atas talian (84.4 peratus).

Tambahnya, 44.4 peratus bersetuju Malaysia mampu menjadi pilihan pelabur asing dalam memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat pasca pandemik Covid-19. 

Menurut panel itu, ia didorong oleh pendekatan Perdana Menteri di pentas antarabangsa diterima baik terutamanya dalam siri lawatan antarabangsa beliau yang berjaya memeterai pelbagai kerjasama ekonomi dan pulangan pelaburan.

“Keputusan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen turut menerima respons baik iaitu selepas Parlimen dibubarkan dan berdasarkan situasi semasa, 56.8 peratus bersetuju PRU-15 diadakan pada hujung tahun ini.

“Tahap keyakinan rakyat berkaitan pencapaian baik negara berbanding negara serantau dalam menangani kesan langsung ekonomi dunia terhadap beban rakyat berada pada paras 49.1 peratus. 

“Ini dilihat memberangsangkan melalui pelbagai intervensi Kerajaan seperti pelaksanaan subsidi dan kawalan harga yang dilaksanakan Perdana Menteri,” katanya.

Jelas Ilham Centre, meskipun sebilangan kelompok dari segmen pengundi tertentu seperti pengundi Cina kekal skeptikal, namun secara keseluruhannya kepimpinan Ismail Sabri diterima baik. 

Katanya, dengan skor 52.8 peratus yakin Ismail Sabri wajar diberi peluang untuk memimpin negara dengan mandat penuh adalah endorsement penting buat beliau.

“Bagi menambah dukungan rakyat, menerusi kajian ini menuntut Perdana Menteri untuk menggariskan dengan jelas hala tuju untuk memulihkan ekonomi negara. 

“Ini boleh dilaksanakan dengan penerimaan baik rakyat terhadap Bajet 2023 boleh menjadi landasan terbaik untuk memacu ekonomi negara.

“Selain itu, keazaman politik yang kuat, kurangkan krisis dan kontroversi yang tidak perlu mampu memandu gaya kepimpinan baharu pada penggal akan datang. 

“Kini, hanya mandat baharu diperlukan bagi melaksanakannya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram