Kerajaan jaga kepentingan semua Keluarga Malaysia – PM

Dari Penulis

KERAJAAN sentiasa menjaga kepentingan semua Keluarga Malaysia termasuk kaum Cina dan India, dengan pelbagai inisiatif, bantuan dan peruntukan diberikan kepada golongan itu dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan juga diberikan secara khusus pada Bajet 2023, seperti RM200 juta kepada skim pinjaman perusahaan mikro, kecil dan sederhana kepada peniaga Cina.

Beliau berkata Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) mendapat peruntukan RM140 juta sejak tahun 2020, dan peruntukan besar juga diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk perkembangan dan pembangunan pendidikan.

“Lebih banyak yang boleh dilakukan jika Barisan Nasional (BN) terus menerajui kerajaan… semasa tsunami (politik) banyak tempat kita kalah, walaupun menang di Bera. Jangan cuba, jangan silap lagi, kita telah silap sebelum ini dan jangan biar ia berulang.

Baca artikel berkaitan: 52.8 peratus rakyat setuju Ismail Sabri wajar diberi mandat sebagai Perdana Menteri

“Kalau dipatuk ular, jangan kita dipatuk dua kali dari lubang yang sama dan jangan sampai dua kali kita ditipu oleh parti pembangkang,” katanya semasa berucap pada Program Sembang Santai di Mengkarak hari ini.

Khusus kepada kepentingan golongan India, Ismail Sabri berkata bantuan juga diberikan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat itu termasuk menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Selain itu menurutnya peruntukan besar juga diberikan kepada Universiti AIMST, iaitu universiti swasta dimiliki MIC dan berpusat di Sungai Petani, Kedah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This