Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin. GAMBAR: Abd Razak Aid

CALON Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin atau KJ akan membuat laporan polis terhadap pengguna akaun Twitter yang memuat naik tangkap layar fitnah kononnya perbualan WhatsApp melibatkan dirinya.

Menurut Khairy, tangkap layar dakwaan perbualan WhatsApp yang dimuat naik akaun Dr Bigger balls / Membalak @apanakdikato itu adalah palsu.

Pada masa sama, Menteri Kesihatan itu juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah ‘black ops’, ‘source:trust me bro’ (sumber:percaya pada saya) macam ini.

“Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr Bigger balls ini. Tolak fitnah dan politik kotor,” kata KJ dalam ciapan di Twitter.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik pemilik akaun Twitter Dr Bigger balls itu menunjukkan seorang individu bernama ‘Boss KJ’ mahu ‘menghapuskan’ Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat di Rembau.

Baca artikel berkaitan: #KataJanjiSungaiBuloh tekad, komitmen KJ jika menang

‘Boss KJ’ itu mahu penerima mesej itu memecahkan undi Tok Mat di kerusi Parlimen Rembau.

Individu dengan nama ‘Boss KJ’ itu juga berjanji kepada penerima mesej itu bahawa dia akan dilantik sebagai setiausaha politik apabila Boss KJ itu menjadi Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun.

“Pecahkan undi, jangan sampai nampak jelas.

“(Perdana Menteri Datuk Seri) Ismail Sabri tidak berguna dan akan jatuh. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya akan ambil alih,” kata mesej dalam tangkap layar tersebut.

Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal memberi laluan kepada Tok Mat untuk bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Menteri Kesihatan itu pula bakal berentap di Parlimen Sungai Buloh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram