Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama ratusan jemaah menunaikan solat hajat bersempena Program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di Masjid Darul Fikri, Bera, malam ini. GAMBAR: BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama ratusan jemaah menunaikan solat hajat bersempena Program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di Masjid Darul Fikri, Bera malam ini.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.10 malam dengan ditemani ahli keluarga beliau.

Beliau seterusnya menyertai jemaah menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat hajat yang dipimpin Imam Satu masjid itu Ahmad Hakim Samsudin.

Baca artikel berkaitan: Ilham Centre: Miliki sikap prihatin, Ismail Sabri selayaknya diangkat sebagai PM

Usai solat itu, Ismail Sabri meluangkan masa menyantuni jemaah sebelum meninggalkan masjid pada pukul 9.10 malam.

Program Solat Hajat Perdana itu diadakan bagi memohon pelindungan Allah SWT agar dijauhkan bala bencana dan wabak penyakit, selain memohon doa bagi kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 serta memohon keharmonian dan keamanan negara kekal terpelihara.

Proses pengundian bagi PRU15 akan berlangsung Sabtu ini (19 Nov) seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram