PRU-15: Ibu tak restu, Nik Omar kata tak buat kemungkaran

Dari Penulis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz mengakui tidak melakukan sebarang kemungkaran dengan bertanding dalam pilihan raya mewakili PH.

Ia selepas kenyataan ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak yang tidak merestui anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket Pas.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Nik Omar sebaliknya berkata beliau hanya berbeza pendapat.

Bagaimanapun, sebagai anak, Nik Omar tidak akan pernah putus mendoakan ibunya.

“Sehingga saat ini saya yakini saya tidak buat perkara kemungkaran, saya mungkin berbeza dari sudut pandangan dan ini bukan berkaitan dengan akidah, iman.

“Saya sebagai seorang anak macam mana pun sentiasa berdoa supaya Allah ampun dosa saya, sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa merahmati ibu bapa saya,” katanya.

Beliau berkata, perjuangannya menegakkan syiar Islam dalam kepimpinan negara tetap diteruskan meskipun bukanlah di bawah parti PAS, kerana beliau percaya parti yang bersamanya juga mempunyai misi yang iaitu mahu rakyat mendapat kepimpinan yang adil dan telus.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Saya tidak restui anak bertanding kecuali tiket Pas

Terdahulu, Tuan Sabariah menegaskan tidak merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya kecuali atas tiket Pas.

Menerusi kenyataan dimuatnaik ke Facebook Pas Pusat, Tuan Sabariah berkata, beliau dan arwah suaminya telah mendidik anak-anak supaya istiqamah bersama Pas.

Kenyataan itu merujuk kepada tindakan Nik Omar di kerusi Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Nik Omar yang diumumkan sebagai calon PKR pada 26 Oktober lalu bakal menghadapi tentangan calon Barisan Nasional (BN), Khairul Azwan Harun; Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan calon Pejuang, Zairol Hizam Zakaria.

Ini bukan kali pertama Tuan Sabariah mengeluarkan kenyataan melarang anaknya bertanding pilihan raya atas tiket selain Pas.

Pada PRU-14 lalu, Tuan Sabariah turut menentang keputusan Nik Omar bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan di bawah tiket Amanah.

Nik Omar ketika itu tewas kepada calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood dengan hanya memperoleh 2,418 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This