Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya di Seremban terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata ia berikutan hujan lebat sejak malam tadi yang turut mengakibatkan bekalan elektrik di kampung terbabit terputus.
“Ketika ini belum ada sambungan elektrik dan kerja mengalihkan tanah dan pokok tumbang masih dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan anggota kita masih melakukan pemantauan di sekitar kampung berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian berasingan, beliau berkata APM turut memindahkan 60 pelajar dan guru di beberapa sekolah di Port Dickson ke Pekan Linggi dan Masjid Permatang Pasir pada kira-kira 11 pagi tadi, selepas jalan raya di kawasan tersebut dinaiki air akibat banjir kilat.
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan ibu bapa tidak dapat menjemput anak mereka di sekolah yang ditutup awal bagi persediaan banjir sekiranya keadaan cuaca semakin teruk.
“Ketika ini hujan telah reda dan cuaca semakin cerah,” katanya.
— BERNAMA
Thursday , 17 November 2022
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

