Polis nafi video tular CIQ sesak rakyat Malaysia pulang mengundi

Dari Penulis

Polis menafikan berlaku kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, yang didakwa berikutan rakyat Malaysia pulang untuk mengundi seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tular sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan kesesakan di CIQ BSI namun hasil siasatan mendapati ia merupakan sebuah video lama.

“Rakaman tersebut dipercayai adalah video lama yang dimainkan semula dan tidak benar ia berlaku seperti yang didakwa, bahawa ia tercetus ekoran daripada rakyat Malaysia pulang untuk mengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika ini keadaan kemasukan pengembara di CIQ BSI adalah pada kadar biasa iaitu tidak melebihi 2,000 orang pada satu-satu masa dan tiada pertambahan mendadak.

Baca artikel : Lelaki tunjuk pasport Malaysia ‘kuasa’ memotong barisan di Linkedua

Sehubungan itu, Raub menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak benar sekali gus menimbulkan kegusaran.

— BERNAMA

Thursday , 17 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This