Deretan bendera parti politik berkibaran sempena Pilihan Raya Umum ke-15. GAMBAR: Abd Razak Aid

RAKYAT Malaysia yang akan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini harus fokus memilih pemimpin yang membawa konsep kestabilan terhadap demokrasi negara, menurut Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia.

Setiausaha Agung ISWAMI Indonesia, N Syamsuddin Ch Haesy berkata satu daripada cara untuk memajukan sesebuah negara ialah melalui kestabilan politik seperti diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui konsep Keluarga Malaysia.

“Konsep Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri telah mengubah minda masyarakat tentang proses demokrasi yang boleh dicapai melalui harmoni kebangsaan.

“Pilihlah apa dan siapa yang diyakini benar oleh rakyat, jangan memilih pemimpin kerana ikut-ikutan, kerana mengundi itu ialah hak yang mahal untuk menyumbang kepada bangsa dan negara,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Malaysia Petang Ini di BernamaTV, hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: PDRM jamin keselamatan pada hari pengundian

Beliau berkata kerajaan pimpinan Ismail Sabri juga telah membuktikan bahawa proses demokrasi boleh disuburkan melalui kerjasama yang ditunjukkan parti pemerintah dan pembangkang melalui memorandum persefahaman yang dicapai sebelum ini.

“Ismail Sabri memiliki kemampuan mendekatkan yang jauh dan mengakrabkan yang dekat untuk bersama-sama membangunkan komitmen. Tidak ada caci maki atau kata-kata kasar (daripada beliau). Beliau susuk komunikator (seorang individu) yang berucap menusuk ke dalam hati lawan bicaranya,” tambah beliau.

Sementara itu, Presiden ISWAMI Indonesia Asro Kamal Rokan berkata pendekatan yang dibawa oleh Ismail Sabri dalam meneraju kerajaan sebelum ini melalui konsep Keluarga Malaysia yang dekat dengan masyarakat adalah sesuatu yang bagus.

“Mungkin kerana latar belakang beliau daripada orang biasa membuat beliau dekat dengan masyarakat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram