KEPUTUSAN kes jenayah melibatkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh disifatkan sebagai tanda aras penting dalam usaha mencari kebenaran.
Ia juga penting bagi menegakkan keadilan kepada kesemua 298 mangsa termasuk 48 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi penerbangan tersebut serta kepada semua waris mangsa.
Penegasan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan kepada kebenaran, keadilan serta penuh tanggungjawab.
Dalam hubungan ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah The Hague.
Katanya, Malaysia juga berpuas hati terhadap proses penghakiman yang boleh dipercayai dan telus yang dilaksanakan dalam sistem perundangan Belanda berdasarkan kedaulatan undang-undang demi mendapatkan keadilan yang telah lama dinanti-nantikan.
“Malaysia mewakili semua pihak yang terkesan akibat peristiwa yang amat meruntun hati ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli Pasukan Penyiasat Bersama dari Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine yang telah bertungkus-lumus bersama-sama menjalankan siasatan jenayah antarabangsa terhadap tragedi kes MH17 ini.
“Malaysia sekali lagi ingin menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa tragedi kes pesawat MH17.
Baca artikel berkaitan: MH17: Dua warga Rusia, seorang warga Ukraine dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup
“Walaupun tiada apa yang dapat mengembalikan nyawa mereka mahu pun mengurangkan kesedihan dan penderitaan dialami keluarga dan orang tersayang, keputusan mahkamah ini diharap sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan ketenangan kepada keluarga dan waris mangsa yang terbunuh dalam tragedi ini,” katanya.
Mahkamah Daerah The Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat MH17 pada 2017 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.
Mereka ialah dua warga Rusia iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko.
Hakim Hendrik Steenhuis yang membacakan ringkasan penghakiman turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu membayar pampasan lebih 16 juta Euro kepada ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata peluru berpandu Buk TELAR dibawa ke Ukraine atas inisiatif Dubinsky, selaku pegawai memerintah dalam Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan merupakan pegawai memerintah dalam DPR.
“Beliau secara langsung bertanggungjawab mengatur dan mengarahkan pengangkutan Buk TELAR ke dan dari tapak pelancaran. Berhubung cara ia diangkut, tertuduh Kharchenko mempunyai peranan langsung dan aktif sebagai komander eksekutif, yang menyediakan dan mengatur penempatan Buk TELAR.
“Kharchenko juga memastikan Buk TELAR dikawal dan dilindungi di tapak pelancaran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

