BERMULA dengan sebuah meja iaitu menumpang di sebuah kedai makan, Nasi Kerabu Kemira kini perlu  berbangga selepas mempunyai empat cawangan yang beroperasi di daerah ini.

Empat kedai berkenaan beroperasi di  Hujung Landasan Cafe, Jalan Pintasan Kuantan dekat Pandan, Tanjung Lumpur dan Indera Mahkota 7, di sini yang dibuka setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Bagi pengusahanya, Noraini Kadir, 52 perniagaan nasi kerabu itu bermula pada 7 Julai 2007 apabila menumpang berniaga di sebuah kedai makan dengan membuka sebuah meja pada kadar sewa RM5 sehari.

Pengusaha nasi Kerabu Kemira, Noraini Kadir.

Katanya, sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan membantu meningkatkan jualan hingga Nasi Kerabu Kemira menjadi sebutan dan pilihan penggemar nasi kerabu.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana perniagaan yang diusahakan kira-kira 15 tahun lalu membantu menjana pendapatan.

“Setakat ini, saya mempunyai 25 pekerja di empat cawangan yang beroperasi setiap hari,” kata ibu tujuh anak itu.

Baca lagi: Sahabat AIM miliki kilang proses 100 produk sejuk beku

Di Nasi Kerabu Kemira, selain nasi kerabu ayam dan daging bakar, nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, lempeng, roti canai dan bihun sup soto serta kuih muih turut dijual.

Antara hidangan yang menjadi pilihan di Nasi Kerabu Kemira.

Namun, pilihan utama pelanggan ialah nasi kerabu yang menjadi tarikan utama di mana sebanyak 80 ekor ayam dan 40 kilogram daging digunakan setiap hari.

Antara hidangan yang menjadi pilihan di Nasi Kerabu Kemira.

Justeru, Noraini berterima kasih kepada semua pelanggan yang membantu menggembangkan perniagaannya hingga terkenal.

“Tidak lupa kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam membantu mengembangkan lagi perniagaan saya hingga berjaya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram