[RASMI] PRU-15: Selepas 48 tahun, 12 penggal, Ku Li tumbang di Gua Musang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERUSI Parlimen Gua Musang merekodkan antara kejutan terbesar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 apabila penyandang kerusi selama 12 penggal, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li akhirnya tewas di kubu kuatnya sendiri. 

Ku Li tewas kepada calon Pas, Datuk Mohd Azizi Abu Naim dengan hanya majoriti tipis 163 undi. 

Mohd Azizi memperoleh 21,826 undi manakala Ku Li tertinggal di belakang dengan 21,663 undi. 

Baca artikel berkaitan: [Tidak rasmi] PRU-15: Tengku Razaleigh ketinggalan lebih 4,000 undi di belakang calon Pas

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Asharun Uji mendapat 4,517 undi manakala Samsu Adabi Mamat yang mewakili Pejuang hanya memperoleh 371 undi. 

Seramai 48,377 pengundi Gua Musang turun mengundi daripada keseluruhan 70,254 pengundi berdaftar. 

Untuk rekod, Ku Li merupakan ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat iaitu selama 48 tahun sejak 1974.

Tokoh berusia 85 tahun itu menang kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 3,913 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This