Jalaluddin antara 20 MP BN sokong Muhyiddin sebagai PM

Dari Penulis

AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang pertama isytihar secara terbuka menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Difahamkan, Jalaluddin antara 20 ahli Parlimen BN yang akan menyokong Muhyiddin untuk membentuk kerajaan persekutuan.

“Secara terbuka, saya mengambil sikap berjiwa besar dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-10.

“ini adalah atas kerangka bahawa Perikatan Nasional (PN) memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Baca lagi: Khairy seru reformasi dalam UMNO, Zahid letak jawatan kalau ada maruah

Dalam pada itu, memetik laporan Suara.TV, 20 daripada 30 ahli Parlimen BN yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sedia menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Difahamkan, tindakan 20 ahli Parlimen BN berkenaan itu adalah kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas kekalahan memalukan BN dalam pilihan raya kali ini, terdapat desas-desus kuat mengatakan Ahmad Zahid sedang giat mengatur gerak dalam rundingan untuk bergabung dengan PH yang dikemudi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Akta Anti Lompat Parti yang digazetkan kerajaan sebelum ini tidak menghalang ahli Parlimen memberi sokongan kepada calon Perdana Menteri dari parti lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This