PRU-15: BN terima keputusan, anggap isyarat besar rakyat – Ahmad Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Ia selepas BN dilihat semakin jauh ketinggalan bagi membentuk kerajaan berbanding Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). 

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menganggap bahawa keputusan PRU-15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan rakyat terhadap gabungan itu. 

Namun begitu, Ahmad Zahid berkata, BN akan terus komited memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan. 

“Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini. 

Baca artikel berkaitan: [RASMI] PRU-15: PN mendahului setakat 12.15 tengah malam

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. 

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Setakat pukul 12.15 malam, keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan BN hanya memperoleh 16 kerusi. 

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti itu dalam masa terdekat. 

“BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This