Datuk Seri Rina Harun. GAMBAR: Abd Razak Aid

KETUA Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun tewas di kerusi Parlimen Sepang selepas memperoleh undi 47,315 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Rina tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah yang memperoleh 56,264 undi dan memenangi kerusi Parlimen Sepang kali ini.

Aiman turut menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran, yang memiliki 31,097 undi.
Sementara calon Pejuang, Che Asman Ibrahim, mendapat 2,337 undi dan calon Bebas, Syahrul Amri Mat Sari, dengan 319 undi. Che Asmah dan Syahrul Amri hilang deposit pada PRU-15 ini.

Baca artikel berkaitan: (RASMI) PRU-15: Tok Mat menang di Rembau

Turut hilang deposit ialah calon Parti Utama Rakyat, Daud Leong yang mendapat 264 undi dan calon Bebas, M. Muneswaran, yang menadapat 194 undi serta calon Parti Rakyat Malaysia, Nageswaran Ravi, yang memperoleh, 165 undi.

Pada pilihan raya ini, Aiman berjaya mendapat 8,949 undi.

Pada PRU-14 lalu, kerusi Parlimen ini dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Hanipa Maidin, yang memperoleh undi, 46,740 undi dan majority, 18,705 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram