Azmin, Rina Harun ‘kembali’ jadi taruhan PN tawan Selangor

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DUA nama besar dalam Perikatan Nasional (PN) yang tewas mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekali lagi menjadi pertaruhan, kali ini dalam usaha merampas negeri Selangor.

Seperti digembar-gemburkan sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN bagi PRN Selangor, malam ini.

Mohamed Azmin sebelum ini merupakan penyandang bagi DUN Bukit Antarabangsa selepas memenangi kerusi tersebut dengan tiket Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pada PRU-14, PKR memenang kerusi DUN Hulu Kelang melalui Saari Sungib dengan majoriti 15,349.

Timbalan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Sasha Lyna Abdul Latif akan mengambil alih sebagai calon PN di Bukit Antarabangsa.

Baca artikel lain: FAM gantung Faisal Halim 4 bulan kerana komen mutu pengadilan

Seorang lagi adalah Datuk Seri Rina Harun yang diberi amanah sebagai calon bagi kerusi DUN Batu Tiga.

Beliau yang juga bekas Menteri Wanita dan Keluarga tewas di kerusi Parlimen Sepang pada PRU-15. DUN Batu Tiga sebelum ini dimenangi Rodziah Ismail daripada PKR dengan majoriti 15,616 undian.

Pada masa sama, PN mengumumkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh sebagai calon bagi kerusi DUN Dengkil.

Ia sekali gus mengesahkan pengumuman yang dibuat oleh Muhyiddin dalam Majlis Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu – Kita Bangkit PN Sepang pada 16 Julai lalu.

Sementara itu, PN turut mempertaruhkan pengalaman Dr Afif Bahardin untuk bertanding di kerusi DUN Taman Medan yang selama diketahui merupakan kubu kuat PKR.

Afif sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya sebelum dipecat daripada PKR dan mengambil keputusan untuk bersama Bersatu.

Turut diumumkan adalah nama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bagi mempertahankan kerusi DUN Sijangkang yang dimenanginya sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat pada PRU-14 telah memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti 1,677 undian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This