Sebahagian daripada perwakilan hadir pada Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, hari ini.

PRESIDEN UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab atas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu ditegaskan Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zurainah Musa ketika melakuan sidang akhbar di Pejabat UMNO Wilayah Persekutuan petang tadi.

Zurainah menegaskan, Ahmad Zahid juga perlu mengambil inisiatif untuk berundur dan meletakkan jawatan serta-merta susulan kegagalannya memimpin UMNO selama ini.

“Ahmad Zahid wajib bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Kami menyedari dan menginsafi kekalahan yang berlaku dalam pilihan raya kali ini.

“Kami sifatkan PRU-14 adalah rakyat menegur BN tetapi pada PRU-15 rakyat dengan jelas menolak BN,” katanya.

Baca lagi: PRU-15: Ahmad Zahid perlu letak jawatan segera – Onn Hafiz

Mengulas lanjut, Zurainah berkata, tindakan proaktif perlu diambil untuk melakukan penstrukturan semula dalam UMNO.

Katanya, perkara itu amat penting bagi memastikan parti tersebut kembali jadi pilihan rakyat pada masa akan datang.

Terdahulu, ramai pemimpin-pemimpin UMNO mula memberanikan diri bersuara secara terbuka untuk menyatakan penolakan terhadap Ahmad Zahid.

Antara pemimpin terawal yang berani menyatakan penolakan terhadap Ahmad Zahid ialah Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook.

Kemudian, Ketua Penerangan UMNO sendiri iaitu Shahril Sufian Hamdan turut menyusuli nada Onn Hafiz yang mahu Ahmad Zahid letak jawatan.

Tindakan kedua-dua pemimpin muda UMNO itu turut disokong Khairy Jamaluddin yang mahu reformasi parti tersebut dilakukan dengan kadar segera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram