Patah hati, Janna Nick bawa diri ke Itali

Dari Penulis

PENYANYI Janna Nick yang sebelum ini memberi bayangan sudah putus cinta dengan teman lelakinya, Dini Schatzmann sekali lagi mencuri perhatian warganet.

Menerusi kemaskini terbaharu di Instagram, Janna atau Nurul Janna Muner,27, memuat naik kapsyen berbunyi “Jika ia memusnahkan kamu, jadi itu bukan cinta (If it’s destroying you, then it’s not love).

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick beri bayangan hubungan cinta dah berakhir, ‘unfollow’ Instagram Dini Schatzmann – “Kepada kamu, mogakan berbahagia…,”

Malah, keberadaan Janna ke Rome, Itali ketika ini dianggap sebagai satu cara untuk dirinya mengubati kesedihan selepas dikecewakan.

Sebelum ini, penyanyi Gatal itu ada memuat naik satu hantaran di Instagram seolah memberi gambaran cintanya bersama Dini sudah menemui titik noktah.

Sehingga kini, Janna dan Dini tidak menjawab sebarang panggilan atau kiriman WhatsApp daripada pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan mereka.

Namun, ada komen-komen liar daripada netizen mengatakan ia hanyalah sekadar gimik sebelum pasangan itu ingin melancarkan karya terbaharu. Pun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Vibe Satu Kampung, Satu Jiwa memang menjadi, Rewang Zapin berjaya satukan generasi muda & lama

SIAPA kata seni tari tradisional sudah lapuk atau hanya sesuai untuk tontonan golongan veteran? Jika anda berada di Panggung...

More Articles Like This