GAMBAR HIASAN: Abd Razak Aid

SEBARANG kerjasama antara UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) sekalipun untuk membentuk kerajaan persekutuan perlu diputuskan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Itu penegasan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang mengingatkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 sudah memutuskan yang tidak akan ada kerjasama dengan PH.

Menurut Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu, sebarang perubahan keputusan yang bertentangan dengan PAU 2020 khususnya kerjasama politik dengan PH hanya boleh dibuat menerusi EGM.

“Saya harus bersama dengan keputusan yang diambil kepemimpian parti. Sebagai Ahli Parlimen, saya akan lihat dulu keputusan.

“Kita tidak buat sebarang keputusan untuk bersama PH, saya masih berpegang dengan keputusan dibuat PAU UMNO, yakni tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Parti perlu memanggil EGM, tidak boleh diputuskan oleh mana-mana individu termasuk saya pun. Ini kerana parti sudah buat keputusan sebelum ini.

“Kalau ada keputusan selain PAU 2020, maka perlu ada ketetapan baharu yang dipersetujui semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN),” katanya memetik laporan BH.

Baca lagi: Ditawar jawatan MB, Exco dan Speaker jadi sebab mengapa BN pilih PH – Saarani

Terdahulu, Jalaluddin merupakan Ahli Parlimen BN pertama yang menyatakan secara terbuka menolak kerjasama dengan PH dan tidak menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pada PRU15, PH memperoleh 82 kerusi Parlimen manakala Perikatan Nasiona (PN) pula mencipta kejutan dengan meraih 73 kerusi Parlimen.

Walapun keputusan PRU15 telah dimuktamadkan, tiada mana-mana gabungan parti berjaya untuk membentuk kerajaan memandangkan masing-masing perlu bekerjasama untuk memperoleh majoriti mudah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram