Keadaan ketika proses mengeluarkan mangsa yang terkorban. GAMBAR: Detik News.

JUMLAH mereka yang disahkan maut akibat gempa bumi di daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat, petang semalam meningkat kepada 162 orang.

Memetik laporan Detik News, seramai 326 penduduk lagi dilapor cedera.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkata, gegaran tersebut menyebabkan seramai 13,400 penduduk pula kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana berkata, sebanyak 2,345 buah rumah rosak teruk susulan bencana itu.

Sebelum ini UtusanTV melaporkan gempa berlaku pada 13.21 waktu tempatan (0621 GMT) dengan pusat gempa terletak 10 kilometer (km) dari barat daya daerah Cianjur di wilayah Jawa Barat dengan kedalaman 10 km.

Baca artikel : Gempa bumi Cianjur: 46 maut, 700 dilapor cedera

Malah, gegaran kuat ini turut dirasai di Jakarta menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah dan bangunan.

Berpuluh-puluh video kejadian selepas gempa dimuat naik penduduk terlibat memperlihatkan rumah-rumah rebah menyembah bumi.

Malah hospital turut dipenuhi dengan penduduk yang cedera bagi mendapatkan rawatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram