Ahmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO seperti mana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan… Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini,” kata Ahmad Zahid yang turut memuat naik kenyataan media berkenaan dalam Facebook beliau.

Kenyataan media dengan kepala surat BN Malaysia bertarikh 22 Nov itu turut mendakwa satu mesyuarat tergempar diadakan semalam dihadiri pemimpin utama parti komponen BN yang membuat beberapa keputusan termasuk menentukan sokongan kepada gabungan yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Baca artikel berkaitan: Agong titah BN sertai kerajaan perpaduan, kata Ahmad Zahid

Kenyataan media itu turut mendakwa keinginan Ahmad Zahid untuk meletakkan kedua-dua jawatan dalam parti atas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memangku kedua-dua jawatannya sehingga pemilihan UMNO Januari 2023.

Pada PRU15, BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu manakala Bebas (dua).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This