Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan kearah media selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

YANG di-Pertuan Agong menitahkan, 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Malaysiakini melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dititahkan Seri Paduka kepada beliau dan dua lagi pemimpin di Istana Negara, pagi tadi.

Dua pemimpin BN tersebut adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Tak ada, tak ada (ditanya sikap berkecuali BN)…Bukan itu titah tuanku, titah tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” katanya, hari ini.’

Susulan titah tersebut, Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum dibawa ke Majlis Tertinggi BN.

Baca artikel lain: Agong titah Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok

Berdasarkan surat yang dikeluarkan ibu pejabat parti, mesyuarat MKT UMNO dijadual berlangsung pada pukul 8 malam ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid, Mohamad dan Zambry tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.30 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen BN hadir ke Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual bagi melantik Perdana Menteri baharu.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga bersama Yang di-Pertuan Agong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram