BEBERAPA pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat memasuki Istana Negara, hari ini.
Pemimpin Sarawak itu memasuki Istana Negara melalui pintu dua sekitar pukul 11.07 minit pagi.
Antara yang kelihatan adalah Datuk Seri Fadhillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional (BN) menghadap pada pukul 10.30 pagi ini di Istana Negara.
Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pertemuan itu lanjutan daripada sesi menghadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Jelasnya, proses ini bagi membolehkan Seri Paduka membuat keputusan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bersidang malam semalam memutuskan untuk memohon perkenan untuk menangguhkan pertemuan dengan Seri Paduka pagi ini.
Ia susulan gabungan itu masih kekal dengan pendirian untuk tidak menyokong PH atau PN bagi membentuk kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

