TULAR di media sosial surat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan persekutuan.
Antara intipati yang menarik perhatian dalam surat tersebut adalah kesemua 30 ahli Dewan Rakyat BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
Ahmad Zahid seperti yang tertulis dalam surat tersebut turut memaklumkan yang 30 ahli Dewan Rakyat BN terikat dan tertakluk kepada segala keputusan dan ketetapan parti selaras dengan Perkara 160 dan Perkara 10 (3A) Perlembagaan Persekutuan.
“Patik juga percaya selaras dengan peruntukan Perkara 49A dan di baca bersama dengan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN adalah terikat dan tertakluk kepada keputusan dan ketetapan Parti dalam menetapkan dan mengesahkan kepercayaan kepada seorang ahli Dewan Rakyat untuk dicalonkan dan dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Patik sukacita memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan oleh Patik sendiri telah bersidang pada 22.1 1.2022 dan memutuskan serta mempersetujui untuk menjalinkan kerjasama dan sokongan kepada Gabungan Parti Politik Pakatan Harapan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan Malaysia pasca PRU-15.
Baca lagi: Ahmad Zahid tiada hak putuskan kerjasama BN, PH: Ismail Sabri
“Daripada yang di atas, Patik selaku Pengerusi BN dengan rendah diri dan penuh takzim memaklumkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa BN bersama-sama dengan 30 orang ahli Dewan Rakyatnya memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, seorang ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Tambun (P.063) untuk dinamakan dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Patik lampirkan di sini sesalinan 30 Akuan Bersumpah Penamaan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (Lampiran lIl).
“Dikesempatan ini, Patik juga ingin memaklumkan bahawa apa-apa dokumen bertulis sama ada dalam bentuk surat atau akuan oleh mana-mana 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN atau daripada Parti-parti Komponennya yang menamakan seorang ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selain daripada yang di atas adalah tidak sah dan terpakai serta tidak patut dipertimbangkan yang mana ianya tidak mewakili dan menzahirkan keputusan BN.
Berikut surat yang tersebar di media sosial:



Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

