Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa relevan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan parti tersebut masih lagi relevan dalam arena politik negara.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong menegaskan, parti yang suatu masa dahulu pernah mentadbir negara lebih 60 tahun bersama Barisan Nasional (BN) itu masih releven dalam aspek semak dan imbang terhadap tindakan pemerintah.

“Bagi saya MCA sentiasa relevan kerana kita masih tidak boleh lari daripada realiti bahawa kita perlu ada semak dan imbang.

“Sekiranya kerajaan itu tidak berfungsi, parti yang mereka sokong itu tidak berfungsi, mereka tidak ada pihak lain yang boleh dirujuk.

“Sehingga sekarang kalau kita lihat sentimen orang Cina, mereka akan kata mereka sanggup tidak keluar mengundi kerana terlalu kecewa dengan orang yang mereka pilih.

“Adakah itu sihat secara demokrasinya, itu tidak sihat,” katanya ketika menjadi tetamu Podcast BoraKrasi terbitan UtusanTV. Episod penuh podcast boleh dilihat di saluran YouTube UtusanTV.

Katanya lagi, untuk itu, pengundi Cina perlu berfikiran terbuka serta menolak tepi persepsi bahawa hanya pemimpin dari DAP yang terbaik dan bukannya dari parti politik lain.

Bagi pihak MCA, tegas Choo Seong, sejak pilihan raya lalu, usaha giat dijalankan bagi memperbaiki diri sendiri termasuk menyediakan pemimpin muda berketerampilan yang mampu memenangi hati rakyat.

“Kita sekarang pilih bukan kelab bola sepak, kita nak pilih wakil rakyat, parti yang boleh memimpin negara dan mewakili rakyat.

“Adakah kalau kita duduk di rumah tak keluar mengundi akan menyelesaikan masalah, tidak, seseorang itu pasti akan terpilih juga dalam amalan demokrasi.

“Yang paling penting sekarang adalah mampukah MCA menyediakan calon yang sebaik mungkin untuk dipilih oleh rakyat. Itu lebih menjadi keutamaan kepada kita,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This