PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang sudah menyatakan kesediaan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.
Anwar menerusi status di Facebook memaklumkan menerima kunjungan Abang Johari bersama rombongan di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor, pagi tadi.
“Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi antara tunggak selain Barisan Nasional (BN), WARISAN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk Kerajaan Perpaduan dikemudi saya.
“Insya-Allah, hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar Malaysia lebih baik dan berketerampilan,” katanya.
Baca artikel lain: PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri
Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diangkat menjadi Perdana Menteri dan membentuk Kerajaan Perpaduan melalui penyertaan BN dan GPS.
Ia kemudian diikuti dengan penyertaan GRS selepas Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan hasrat berhubungan sokongan itu kepada Anwar, malam kelmarin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

