Sesekali apa kata tukar selera dan cuba resipi salad mi kering udang ini. Resipinya sedap dan pasti pikat selera. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
1 paket mi kering
10 ekor udang segar – buang kulit dan rebus
1 batang lobak merah – hiris nipis dan halus
1 batang daun bawang – hiris nipis dan halus
1 sudu makan sos cili Thai
1 sudu kecil jus lemon
Garam, gula dan lada hitam secukup rasa
Sedikit bijan hitam (goreng tanpa minyak) – untuk hiasan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Celur mi kering dalam air panas mendidih hingga lembut dan tus.
2.Di dalam mangkuk yang besar, campur kesemua bahan dan sesuaikan rasanya.
3.Taburkan bijan untuk hiasan.
4.Hidangkan sebagai pembuka selera dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram