Siapa yang tidak sukakan kemewahan dan kecantikan? Namun kerana tahu akan kemampuan diri sendiri, maka cukuplah dengan melihat segala perkongsian yang dipaparkan di laman sosial para pempengaruh atau influencer. Namun berhati-hati, ada kalanya apa yang dipaparkan itu hanyalah sekadar ‘content’ semata-mata, bukanlah realiti.

Kebimbangan ini bukan berpaksikan kepada rasa cemburu, namun gaya hidup luar biasa yang dipaparkan sedikit sebanyak mempengaruhi kanak-kanak dan remaja yang masih tidak faham ‘bisnes’ di sebaliknya. Ada segelintir pelajar yang tidak mahu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana bercita-cita menjadi ‘influencer’ dan beranggapan lebih mudah menjana keuntungan.

Perkongsian Shaari Anuar ini merungkai hipokrasi di sebalik cerita indah di media sosial dan impaknya kepada golongan remaja.

“Sebelum ni, saya rasa hairan jugak dengan  budak budak tik tok ni, kaya raya. Maaf la, bukan rasa  nak  jeles dengan kejayaan mereka, kalau ianya betul,  memang tumpang bangga.

Iye lah kan.. umur muda muda, niaga setahun dua, naik flight business class dengan family melancong ke Europe, drove Ferrari, Lamborghini, even ianya reckon, maintanance pasti tinggi. Kalau budak biasa masih study, dia dah ada condo mengadap klcc. Yang ada private flight sendiri macam anak raja Qatar pon ada, hahaha.

Kita yang selalu bergaul dengan orang business ni, pasti perasaan pelik tu ada. Orang lain nak berjaya, tempuhi perjalanan penuh berliku.

Jarang jumpa yang style graph menaik je, lainla dilahirkan kaya. Rugi 5 juta, bapak kau pump  modal 10 juta.

Minggu lepas, terbongkar satu case. Ada lah sorang budak tiktok ni, orang panggil Influencer. Mengadu, katanya account dia kena hack dan dia buat story sedih. So, ramai la simpati, followers dah berjuta.

Tiba tiba keluarlah seorang chinese guy, cakap penuh berhemah. Katanya, apa yang kita nampak tentang lifestyle influencer tu, ada lah lakonan dan khayalan semata mata.

Segalanya scripted, ada pengarah, ada juru edit video, ada prototype yang dia orang copy and paste dari China, untuk budak tiktok tu lakonkan. Dia orang orang bawak budak tiktok tu buat review kat restoran mewah, disewakan kereta sport mewah, diberikan barang kemas. Betul betul nampak style Megah Holding.

In realiti, semua belanja bukan datang dari budak tik tok tu, tapi dari company yang manage dia.

Punca terlodeh semua ni, budak tiktok tu buat hal. Tak follow aggreement contract dia dah signed. Tu yang wakil pengurusan tampil explain the whole story.

Maknanya apa yang kita nampak tu, hipokrit. Mereka potray life style kaya raya, hanya pelesu semata mata.

Kalau ikutkan kita boleh kata, biar la dengan dia. Tapi tuan puan kena ingat juga, ramai yang terpengaruh nanti. Especially anak anak muda, bila tengok kemewahan sekelip mata, ada yang percaya.

Nanti ada yang tak nak sambung study, ada yang tak nak sekolah sebab dapat ilmu yang salah.

Shaari Anuar II.”

Kredit : Shaari Anuar