Sedapnya daging dendeng ni. Makan dengan nasi panas memang layan. Jom cuba resipi yang mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang
7 ulas bawang merah (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
3 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 biji tomato
Sedikit air asam jawa
20 tangkai cili merah (tumbuk)
Minyak masak
Garam dan gula
2 batang serai (ketuk)

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus daging sampai empuk, kemudian hiris nipis.
2.Selepas itu masukkan daging dalam kuali bersama dua cawan air, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, daun salam, air asam jawa, gula dan garam. Rebus sehingga air kering.
3.Kemudian tumbuk daging hingga nipis dan goreng garing.Ketepikan.
4.Panaskan pula minyak dalam kuali dan tumis cili merah dan tomato hingga garing. Masukkan gula dan garam dan tuangkan daging goreng dan gaul rata.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makanan salai sedap berhampiran Putrajaya, Bangi & Kajang #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #foodiemy #portmakansedap #dagingsalaimasaklemakciliapi #fyp ♬ SWIPE – ALYPH

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram