Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kejadian kepala air. GAMBAR: Bomba.

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 4.36 petang.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, laporan awal mendapati mangsa merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan, dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 8.21 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : 32 mangsa tragedi kepala air di Lata Payung selamat

Jelasnya, kesemua mangsa terperangkap di seberang sungai akibat daripada kepala air yang mengalir daripada hulu sungai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram