HANYA anggota serta agensi keselamatan terlatih dibenarkan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis menafikan, dakwaan terdapat sukarelawan dibenarkan terlibat dalam usaha mencari mangsa yang terperangkap.
“Ini selaras arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara iaitu hanya anggota dan agensi menyelamat terlatih dibenarkan berada di Zon Merah.
“Antara agensi terlibat adalah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Tanah runtuh Batang Kali: Polis rakam percakapan pengurusan SJKC Mun Choong
Beliau berkata demikian selepas tular gambar kononnya sukarelawan diberikan kebenaran untuk mencari mangsa yang terperangkap di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.
Norazam menegaskan, pelbagai aspek perlu diambil kira untuk seseorang anggota keselamatan terlibat di dalam SAR termasuk kemahiran, kecergasan dan keselamatan.
Selain itu, ujarnya, faktor lain yang perlu diberikan perhatian adalah keadaan semasa struktur kawasan bencana termasuk berkemungkinan berlakunya hujan.
“Faktor kemungkinan terjadinya runtuhan atau gelinciran tanah di lokasi kejadian turut diambil kira,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

