Kanak-kanak 7 tahun mati lemas di kolam taman tema

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALANG tidak berbau, seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di kolam taman tema di Banting, Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pada ketika itu kanak-kanak berusia tujuh tahun berkenaan sedang mandi bersama ahli keluarganya.

Katanya lagi, mangsa belum disahkan meninggal dunia ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Baca artikel lain: Agong, Raja Permaisuri berangkat ke istiadat mengarak panji-panji

“Ketika pihak bomba sampai di lokasi, kanak-kanak tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam dan sedang diuruskan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan).

“Mangsa kemudian (dibawa) menaiki ambulans untuk dihantar ke Hospital Banting,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Razali menambah, pihaknya menganggarkan kedalaman kolam taman tema berkenaan adalah sekitar dua meter.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis tumpaskan geng samun bersenjata di Jasin, empat lelaki diberkas

POLIS menahan empat lelaki termasuk tiga yang didapati positif dadah kerana disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata dan melarikan...

More Articles Like This