Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

Dari Penulis

Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam, Nilai, dekat Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata dalam kejadian pada 1.57 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah di badan dan kepala setelah tercampak dari jambatan berketinggian 30 meter.

“Siasatan awal mendapati, kereta tersebut yang sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Nilai menghala ke arah Pajam, telah bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba masuk ke laluan kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari jambatan manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

— BERNAMA

Monday , 28 November 2022


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This